Objektif dan Fungsi


Objektif       
Antara objektif penubuhan Briged Bestari:  
  • ·        Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam  menggunakan aplikasi digital di sekolah.                    
  • ·        Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah.             
  • ·        Melatih sekumpulan pelajar (buddy support) yang berminat dan berkeupayaan dalam  bidang ICT.              
  • ·        Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.
  • ·        Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi  maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.        


Fungsi   
 Antara fungsi penting Briged Bestari:     
  • ·        Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.                        
  • ·        Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah.               
  • ·        Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  • ·        Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian.               
  • ·        Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT (Preventive Maintenance).        Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program Pembestarian Sekolah.               
  • ·        Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan.           


Post a Comment

0 Comments